Seorang ibu multitasker bukan setakat bawa dua anak dalam plane selama 20 jam je. Itu biasa. Yang kurang biasa ialah angkut ke office sambil bekerja.
Begini mulanya.
Petik ayat viral sikit: yang atas meja tu bukan setakat budak, tapi adalah hati mak budak yang dibawa bersama jiwa raganya demi dua tugas utama: untuk kelangsungan hidup dan curahan kasih sayang seorang ibu.
Ia bukanlah selalu. Biasanya hujung minggu bila taska tutup. Tapi suratkhabar tak ada tarikh shut down. Kerja tetap kerja walau di mana anda berada.
Ini lima tahun lalu masa Ajwa baby lagi. Keluarnya gambar ini sempena hari jadinya yang ke lima dalam masa kurang 15 hari. Aku nak dia tahu yang sejak lahir dia dah mendengar ketukan keyboard aku, even till date.
Dan keyboard yang sama masih digunakan kat opis nun. Keyboard cari makan aku ni adalah nilai kasih sayang yang tidak terbanding, demi Allah Ajwa!
Terima kasih majikan atas kelonggaran ini. Anak-anak jika ada di samping buat semangat kami lebih kuat dan fokus pada kerja selain tugasan dilaksanakan jadi lebih berkualiti. Ini kerana wanita mmg awesome dalam kerja-kerja multitasking.
I hope this goes viral hahaha for the sake of all working mommies out there!
Who runs the world? Girls!!
Comments