top of page
Blog: Blog2
Search

Taman Megah

Writer's picture: paolakira669paolakira669


Siapa yang pernah baca buku aku berjudul SATU akan faham hustle foreigners di satu lokasi bernama Taman Megah, di Batu 9, Cheras.


Bukan mat salleh elitis atau golongan profesional yang tinggal di kondo termewah nearby KLCC dengan kereta hebat menjalar. Tapi yang tinggal di situ rata-rata wanita-wanita yang menabur bakti di kediaman mereka, jadi maid separuh and sepenuh masa.


Cik mek cik mek Filipina dan Myanmar yang bila pulang akan bawa seplastik dua baju-baju Carter's dari almari baby mat-mat salleh tu dan kemudian akan diagih-agihkan kepada jiran-jiran sebangsa yang ada anak kecil.


Antara penerimanya tentulah aku yang masa tu ada baby kecil dan dianggap jiran Melayu paling terer disguise sebab ada di antara mereka sampai sekarang tak tau apakah bangsa aku kerana muka kejap serupa Vietnam, sekejap macam Filipino dan bila aku tepek bedak cantik calik kat dua pipi sudah serupa mcm perempuan Myanmar.


Apapun aku disayangi mcm adik sendiri sebab selalu belanja mereka minum petang sambil lepak-lepak bawah pokok mangga (now dah kena tebang).


Selvi dari Myanmar adalah jiran paling rapat kerana dia sayang sangat dengan anak-anak aku dan jaga macam anak sendiri bila aku terdesak. Walaupun bday anak-anak aku dia selalu bagi baju terpakai saja, tapi dia akan membungkusnya dengan cantik dan kemas sekali.


Suami Selvi adalah antara segerombolan Africans terawal sampai di Malaysia ketika Malaysia sibuk jadi host Sukan Komanwel 1998. Dia antara mereka yang bekerja di kawasan pembinaan stadium dan kediaman-kediamat atlet di Bukit Jalil dan ketika itu berjaya mengumpul sejumlah kewangan yang agak hebat.


Kemudian menjadikannya modal untuk perniagaan yang dipanggil 'sampa' (jual jam, tali pinggang, wallet) di jalanan dan restoran-restoran. Masa ni yang mana berani dah mula kenyit-kenyit mata kat anak gadis tempatan, yang tersangkut terus serius dan membawa ke jinjang pelamin.


Selvi menamatkan zaman gadisnya dengan dia dan dapat tiga anak hasil perkongsian hidup. Sebagai pemegang kad UN dan kurang power juga kroni seperti gadis tempatan, Selvi terpaksa mengharungi hidup yang agak bergelombang. Pernah mewah sewaktu bekerja secara konsisten di rumah mat salleh, tapi terpaksa berhenti kerja bila anak makin ramai.


Suaminya juga dari seorang buruh binaan, kepada usahawan sampa dan kemudian bekerja di sebuah kolej. Bila lelaki di tahap terhebat hidupnya, dia akan diuji dengan kehadiran wanita-wanita cantik di sekeliling, and yes dia tumbang. Saat itu kelam sedikit hidup Selvi bila dia diabaikan.


Mengandung anak ketiga dengan jiwa penuh suffer. Anak dilahirkan sangat kurus dan selalu sakit. Hampir juga dia dilanda post-partum deperession, namun semangat pelarian menjadikan dia sangat kuat dan anak-anak membesar sempurna walau banyak drama along the way termasuk takde susu nak minum, beras habis dan tak makan dua, tiga hari pun ada.


Di satu period bila aku berpindah ke Shah Alam, mereka berbaik semula. Itu pun sebab cik abangnya sudah hilang gadis-gadis di sekeliling kerana duit makin menipis.


Akhir sekali semalam berita terkini, dia rupanya sudah 'ke dalam' dan menunggu masa untuk didepot pulang.


Dan nasib Selvi?


Paras wajah dah hilang seri. Membesarkan dua anak dengan bapa yang bakal dipulangkan ke home country bukan dugaan ringan. Sekeluarga hilang tempat bergantung. Terkadang berjalan ke hulu ke hilir tiga beranak tanpa arah tujuan.


Semua jiran simpati tapi apakan daya, mereka pun senasib.


Taman Megah tak pernah semegah namanya. Tapi sekali sekala aku angkut anak-anak aku ke sini menyelusuri memory lane. Selain remind diri sendiri agar bersyukur selalu kerana keluhan harian aku takkan sama level dengan penderitaan mereka.


Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain.


One thing for sure, all will be well.


32 views0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


bottom of page