top of page
Blog: Blog2
Search

The Curls Workshop

Writer's picture: paolakira669paolakira669


Ok dipendekkan cerita, ramai nak petua macamana jaga rambut curly dengan betul. Aku pun selama bertahun-tahun ni salah langkah dan main hentam saja, dok bantai syampu then conditioner, and cream and serum rambut as finishing.


Untuk anda yang mempunyai anak-anak berambut kategori critical curls, usaha kena lebih daripada sekadar syampu dan conditioner. Kalau salah langkah dek kerana takde masa, rambut boleh melekat-lekat dan kelihatan horror.


Ok ni aku share petua sikit untuk mendapatkan curls au naturalle gitu walaupun tahap mengembang macam pokok. Warning: curls kategori kritikal ni perlukan masa yang bukan sedikit (read: 2-3 jam bertapa depan rambut). Dan tahap kesabaran yang tinggi perlu kau miliki.



Bahan-bahan yang kau perlukan untuk anak-anak duduk setempat:


1. Tab - pastikan wifi is on dan pasang kartun kegemaran mereka - set sampai 2,3 jam.


2. Makanan - finger licking good food seperti nugget, sausage ke, keropok lekor ke - sebab mereka mungkin lapar ketika dalam proses.


3. Susu atau air minuman.


Bahan-bahan untuk mengerjakan rambut:


1. Strictly no comb - guna jari ajer.


2. Hair mask (buat sendiri) - campurkan tiga sudu besar honey dengan dua sudu besar olive/coconut oil. Double or triplekan mengikut kebesaran dan kepanjangan rambut.


3. Air dalam botol spray.


4. Curl booster - hat ni aku guna jenama Cantu from UK. Ni adik... yang belikan. Ada juga jenama lain di Malaysia.


5. Getah rambut - jangan guna yang colourful and licin kecik-kecik tu, possibility cepat tercabut. Guna getah besar or medium size.


Ok here comes sedikit TIPS:


Rambut critical curls kena dicuci once a week. Sebab tak macam rambut lurus, minyak dalam syampoo susah nak turun ke ends (hujung rambut) disebabkan lengkok-lengkok luar biasa tu. So kalau bantai cuci hari-hari minyak yang tak turun tu akan berkumpul kat lengkok-lengkok dan jadi banyak, then becomes oily yang akhirnya menyebabkan mangsa mudah berkelemumur. So give time to minyak turun ke ends dengan memberi masa selama seminggu.


CARA APPLY MASK & CURL BOOSTER:


1. Pastikan rambut dah siap basuh. Syampoo dan letak conditioner macam biasa.


2. Keringkan dengan towel. Rambut yang masih ala basah-basah tu kita letakkan mask honey plus minyak tadi (ikut besar mana rambutnya). Pastikan di sapu sekata di seluruh rambut. Biarkan dalam setengah jam - sejam. Jangan lebih dari tu nanti semut datang hurung rambut.


3. Bilas rambut guna air je.


4. Rambut keringkan sikit-sikit pakai towel, dalam keadaan masih ala-ala wet tu, apply curl boost (Cantu or jenama apa saja yang sesuai). Selepas apply, dendankan rambut anak-anak (besar-besar), dan jangan ikat dengan getah. Dendan loose saja. Biarkan camtu dan buka semula pada keesokan harinya.


5. Bila buka dendan esok pagi, anda akan nampak sedikit keajaiban berlaku, curls akan keluar sebutir-sebutir dan rambut cantik bersinar.


6. Yang penting jangan buat SEKALI tu je. Jadikan amalan ya pada SETIAP MINGGU.


Gambar-gambar as attached adalah anak-anak yang menggunakan Cantu dan telah dimask rambut mereka. Jadikan amalan dan lihatlah hasilnya.


SELAMAT MENCUBA!





78 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page