Walau apa pun yang berlaku, Alhamdulillah Malaysia is still sweet.
Aku masih ingat waktu termenung di Sunyani setahun lepas, memikirkan apalah bezanya dua negara ini.
Jawapannya aku dapat bila teliti wajah mereka. Serupa aje tak banyak beza. Waktu berdiri di wednesday market kadang-kadang aku rasa macam tengok muka-muka copy paste.
Semua satu warna. Sesekali terjumpa albino depa barulah nampak beza sikit. Betul tribe di sana ada berpuluh tapi yang aku ingat cuma Fante dan Ashanti saja itupun sebab sounds like nama artis popular.
Tapi faces have no differences. Silap hari bulan kau mudah lupa semalam jumpa siapa, yang tadi terserempak dengan siapa.
Unlike Malaysia yang ada pelbagai rupa dan budaya. Dengan yang dominan pastilah Melayu, Cina dan India.
Itulah yang menjadikan kita seuniknya. Betul, memang berbeza. Sebab tu kalau masuk pertandingan kebudayaan di ceruk dunia mana pun, kita akan menang.
Dulu aku tanya anak-anak kecil yang datang melawat aku di rumah kerana aku seorang oberoni - siapa nama mereka. Laju je masing-masing jawab Agnes, Veronica, Sanshell, Precious, Bright, Godwin bla bla. Biasa aje. Semua nak nama mat salleh.
Tapi sekarang aku tanya Ajwa siapa nama kawan-kawan di sekolah dia sebut satu-satu - ada Erina, Esther, Zachary, Suriaprabu, Aishah, Ahmad, Monisha dan a few names nama member Cina dan India yang tidak clear di pendengaran tapi aku tau dia cakap betul.
Dan entah kenapa, aku happy dengar semua tu.
Happy sebab aku masih rasa Malaysia belum hilang. Generasi kita ada di situ. Cuma tugas kita melorongkan jalan yang betul supaya mereka faham erti mencintai negara itu apa.
Happy kerana anak aku boleh draw bendera belang putih merah dengan kuning dan biru dan memanggilnya Malaysia.
Yes, it is still a beautiful country despite all the political issues wat not.
Kau akan rasa indahnya Malaysia bila lihat sendiri negara lain yang jauh lebih mundur.
Dan walaupun kau jejak negara bersalji sejuk kemain dengan suhu negative zero, bila mengingatkan nyamannya minum air cendol mamak tepi jalan dek kerana panasnya mentari di sini, kau akan diterpa rindu tak berbelah bahagi.
Kerana kat mana lagi kau boleh merindui cendol.
Atau nasi lemak. Rendang mak tok. Roti canai?
Aku seorang ibu kepada anak-anak yang berdarah Afrika (lebih).
Tapi cinta aku kepada Malaysia utuh, walaupun apa yang berlaku.
Tidak memilih lelaki Melayu bukan bermakna aku rakyat yang tidak patriotik.
Happy birthday, Malaysia.
Sungguh, 61 tahun yang mempesonakan.
Comments