top of page
Blog: Blog2
Search

The day I launched #efyabypaolakira

Writer's picture: paolakira669paolakira669


Aku percaya pada cita-cita yang tak pernah padam dan layu mati. Ia perlu terus mekar subur sehingga kau berjaya menggenggam pialanya.

Membesarkan dua anak kacukan Malaysia-Afrika adalah satu dugaan yang agak hebat walaupun di sebaliknya of course terselit fun and furious.

Sebagai ibu berjiwa perwira tak pernah sesaat aku mahu mereka berasa terpinggir hanya kerana berambut afro, kulit sawo tak sawo dengan sedikit imbasan Melayu/Portugis/Jepun/Cina mixed bangsa Ashanti di Ghana sana.

Jadi aku lahirkan naskhah Winter di Afrika. Mempopularkan Paola & Kira sehingga mereka berada di cover depan dan memasuki semua kedai buku di seluruh Malaysia.

Kisah mereka yang lasak, lucu, memeningkan kepala, travel pada usia bayi aku kongsi kepada parents dan pembaca untuk sama-sama mendapat manfaatnya.

Memperkuatkan jenama ini kemudian lahirlah website www.paolakira.com (now

https://paolakira669.wixsite.com) tempat aku berkongsi kasih dan kisah mempunyai anak skin Nutella. Cerita ceriti pandangan masyarakat terhadap mereka dan bagaimana Paola & Kira berdepan prejudis juga isu racism pada usia sementah itu.

Setelah puas pusing mencari idea, aku berangan pulak nak jadi Kimora Lee. Dia ada clothing lines BabyPhat & Fabulosity. Aku ada impian ajelah sebab belum kaya macam dia. Tapi Kimora pon bermula dengan angah-angan tenuk dalam kepala mcm aku jugak.

Semua realiti akan bermula dengan mimpi yang kemudian kau siram harapan dan bajakan dengan semangat gaban selain mencari modal untuk memulakan.

Mimpi kecil aku, #efyabypaolakira telah aku realisasikan. Efya diambil sempena nama Kira Afyha (pronounced as Efya). Even yalah, aku bukan sesiapa, selebriti bukan, instagrammer popular pon bukan, at least anak-anak nanti boleh bukak cerita masa dewasa, 'kita ada buku dengan clothing line nama sendiri. Mak kita yang buatkan.'

I'm proud of my babies. They are everything to me and to the world one day, Insya Allah.

Rupa bukan janji sukses, tapi bakat yang dikembangkan selain ditolak dari belakang oleh manusia yang paling memahami a.k.a aku dan daddy mereka.

Above all, to my lovely daughters, ingat satu benda je: good things come to those who SWEAT. Nothing good comes easy. What comes easy won't last, what lasts won't come easy.

Bismillahirrahmanirrahim.

Introducing another sweat of #efyabypaolakira

16 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page