Sebuah kisah realiti hidup.
Taman Megah, Batu 9, Cheras.
Ramai yang tak tau asal usulnya aku berumahtangga di sini sebaik saja lepas kahwin. Used to be playground Ajwa masa dia kecik. Reason kenapa aku tinggal kat sini dulu sebab masih ada sebahagian komuniti Ghanaian yang masih menetap di situ dan suami aku selesa kerana ada rakan senegara untuk misi borak-borak dan gosip mereka. Maka aku, senyum dalam rela paksa berulang alik setiap hari ke Shah Alam via Federal Hiway setiap jam 1 tengahari dan tiba sekitar 12 tengah malam ke rumah semula.
Enam tahun lepas, ketika nak menyewa rumah di Taman Megah, aku terpaksa sembunyikan identiti siapa suami aku supaya tuan rumah tak tarik balik keputusan memberi sewa. Siang-siang dah pangkah dalam agreement – no Africans!
Tapi tak selamanya aku terselamat berhelah.
Satu hari ketika dia berlelah-lelah mengangkut sofa dan tivi nipis Courts Mammoth yang aku teringin sangat tu, ejen tuan rumah tiba-tiba datang buat spot check dan setelah mendapatkan kepastian, dia membiarkan sofa baru kami terkepuk di bawah flet lantas memangga pintu rumah mereka dengan begitu rebellious sekali.
Aku pulak dipanggil urgent meeting di sebuah meja bulat di sebuah restoran kat situ, hampir dihalau keluar rumah. Mujur dengan ilmu budi bahasa yang ada, aku tak jadi didakwa, tapi diberi amaran: sesiapa pun di kalangan kaum kerabat Afrika tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke rumah itu.
Sejak insiden ntah apa-apa tu, jiran sebelah rumah memandang kami dengan muka menyampah. Itu bini dia. Laki dia terus tak nak tengok muka aku.
Sumpah racist tahap ultaman zero! I don't even know if ultraman pun racist coz they don't have race.
Tapi Allah itu Maha Besar, dan hidup ini jelas sekali satu karma.
Satu petang, jiran aku si racist itu tayar keretanya terpeleot masuk ke dalam longkang. Panik gila babs isteri dan anak tunggalnya yang berambut gonjeng. Aku yang terlihat insiden berkenaan secara tak sengaja panggil suami dan dengan pantas tanpa vengeance walau setitik di jiwa dia mengimport rakan-rakan sadonya lalu mengangkat kereta berkenaan kembali ke daratan.
Dan apa terjadi selepas itu adalah keinsafan seorang insan dan yeah, kau pun sudah pasti tahu.
Mereka menekup muka dengan tangan setiap kali melintasi aku di jalanan.
Taman Megah, basically dipenuhi warganegara yang pelbagai. Walaupun jauh dari tempat kerja tapi surroundingnya menjadikan hidup aku colourful macam rangoli dan anak aku, Ajwa boleh dicampak bermain dan mingle dengan mereka – anak-anak dari Myanmar, Filipina, Vietnam dan Indonesia. Tu dia - 1SouthEastAsia namanya.
Aku pula menganggap mak-mak kawan Ajwa semua macam best friend aku. Kerana mereka tidak berprasangka, naive, langsung tak pernah peduli aku ni keja apa. Ada yang pernah suspek aku ni polis dan mula menjauhkan diri. Tapi bila depa nampak aku sempoi dan lagi pula gemuk macam ni, mesti terlintas di fikiran takkanlah dia ni polis kan?
Jadi kami semua pun berkawan baik lantas mereka bebas cerita apa saja dengan aku (dalam bahasa Melayu yang bagus sekali, bukan Tagalog!).
Kebanyakan Filipino ini bekerja di rumah-rumah mewah mat Salleh ambil upah jaga baby mereka. Dan bila pulang, mereka yang belum beranak pinak akan bawa banyak baju Carter’s yang comel-comel lotey macam masih baru dan harumnya bau baby Amerika (kau taulah baby omputih bau macamana) untuk diberi kepada Ajwa - walaupun aku kerap menentang kerana ego.
Mulut la berkata berat, tapi ek eleh, dalam hati: suka keras!
Yes, aku ibu yang poyo!
Tapi kalau aku tolak nampak macam berlagak dan mereka akan siasat siapa aku sebenarnya. Sedangkan aku lebih suka dikenali sebagai minah Melayu yang kerja di kilang suratkhabar je supaya kami semua sama standard. Dan sebab tu juga mereka selalu nampak aku balik tengah malam buta. Ada logik? So kalau depa bagi apa-apa, aku pun rembat je la.
Dan mak kepada adik-beradik berdua dalam gambar ni, Selvi, sorang warga Myanmar, pemegang kad UN berdaftar. Berkahwin dengan warga Ghana dan dapatlah si cantik - Mary dan Cecilia.
Siapa pun dia dan apa sejarah hidupnya, aku langsung tak pernah kisah. Yang aku tau di saat aku melahirkan anak sulung - berseorangan dan keliru - dia datang setiap hari membawa bahagia.
Ajwa dimandikan, dibuatkan aku sup daun apa-aku-lupa-nak-tanya, dan bersusah payah panggilkan seorang warga Indonesia, Kak Bun namanya untuk mengurut.
Ajwa dijaga tanpa kesah jika ada masanya aku perlukan pengasuh.
Banyak cerita suka duka di Taman Megah. Tapi baru-baru ni aku pergi, macam dah tak ada seri. Sama ada ramai yang dah balik negara masing-masing, migrate ke Australia atau US, atau 'masuk dalam'.
Suatu ketika dulu, sudut kedai runcit yang dipanggil Aunty Shop meriah macam pasar malam dipenuhi Ghanaians yang baru pulang dari rutin harian mereka yang dipanggil ’sampah’ or ‘sampa’ kot – berniaga jam dan wallet di kaki lima seperti yang kita semua biasa tengok dan ada kalanya menghina.
Berkilo-kilo barang dibawa dalam backpack dan seawal jam 6 pagi keluar mengejar bas untuk ke lokasi-lokasi pembinaan di mana mereka berjualan. Jam 8 malam nampak kelibat mereka pulang keletihan yang amat dan kemudian singgah di Aunty Shop menegur dan bermain seketika dengan Ajwa dan kawan-kawan mixnya, sebelum pulang ke rumah melelap mata.
Aku dan Selvi pula duduk di satu sudut kedai dan berborak tentang erti kesusahan juga kesengsaraan menjadi wanita bukan warga Malaysia sementelahan suaminya juga warga asing.
Tentang kesukaran menghantar anak ke sekolah kerana yuran mahal. Tentang anak tak dapat minum susu sebab duit takde. Tentang macam nak mati mencari kerja. Kalau adapun kerja di kilang minyak apa entah yang natijahnya menyebabkan kulit dia mengelupas teruk dan alami sakit badan melampau.
Dan juga tentang siapa di antara mereka yang kena ‘lenjan’ dengan polis hari sebelumnya. Dan sambil berbual tu kadang-kadang tiba-tiba nampak ada yang tengah melintas, menapak beratus-ratus langkah laju sambil terdengar siren kereta polis. Kami pun pandang sesama sendiri dan saling faham what is going on.
Hakikatnya itu antara secebis daripada beratus-ratus kisah warga asing yang aku edit dan baca setiap hari dalam akhbar sampai muntah hijau juga pening. Ada kalanya aku pun malas nak
ambil peduli.
Tapi mendengar kisah mereka sepelepup depan muka sendiri, kadang-kadang aku hanya mampu terduduk.
Manusia-manusia baik yang tidak bernasib baik.
Itulah, ada masanya aku termenung juga mengenang kisah lama bagaimana satu masa dahulu rumah aku dimangga, kereta jiran masuk longkang dan anak aku yang selalu dapat baju Carter’s.
Menitik air mata.
Comments