top of page
Blog: Blog2
Search

Poala!

Writer's picture: paolakira669paolakira669

Selalu kalau jumpa pembaca atau dj radio masa sesi interview, mereka akan tanya siapa Paola? Ada yang tak tanya pun terus panggil aku kak Paola.

Ni ha makcik Paola Ajwa tu. Yang kecik sebelah aku. Boleh kata dia sahabat baik aku sekarang sebab pegi mana-mana heret dia saja. Boleh diharap untuk memberikan pandangan jujur dari lubuk hati paling dalam. Contohnya kalau tengah cuba sarung baju berkenan dan tanya Paola: 'Jangan beli mama kaler tak cantik.' Tu dia komen. Atau lagi kejam jujurnya. 'Tak payah mama, nampak gemuk. Not nice'.

Paola jugak sumber inspirasi aku untuk menulis kerana dengan dia aku selalu mengalami pengalaman pelik, pahit dan manis. Dalam usia sekarang dia boleh faham kalau orang tanya aku: 'Ini anak akak ke?'. Pastu dia tanya aku balik 'kenapa makcik tu tanya macam tu'. Then aku bagi taulah makcik tu suka kat dia.

Ada satu soalan yang dia sendiri boleh jawab kat org tu tanpa melihat muka aku untuk reference. 'Anak akak pandai cakap Melayu ke?' Aku pun terus buat-buat tanya: 'Ajwa nak makan apa?' Kemudian dia akan jawab begini (atau macamana sekali pun ikut situasi): 'Rasanya macam nak makan KFC tapi sekarang Ajwa sakit perut. Nak air je.'

Then baru aku pandang muka orang tu balik dan jawab sepatah... 'pandai...'. Ngeh ngeh

Anyway Ajwa (original spelling: Ad-woa) bermaksud anak perempuan yang lahir pada hari Isnin dalam bahasa Twi (Ghana). Hitam dan manis seperti kurma Ajwa. Maka terciptalah nama itu untuknya.

4 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page