top of page
Blog: Blog2
Search

Kursus rambut

Writer's picture: paolakira669paolakira669

Arakian kalau kau rasa rambut yang lurus itu kusut, imaginelah anak-anak mixed ni. Pernah gak aku berlawak kasar tanya Kira, 'ok ke rambut adik besar macam pokok ni? Tak panas ke?'. Then dia buat muka tangan ke bahu dan mata ke bawah.


Literally to say: 'what kind of question mama oiiii??'

Paling horror dalam siri penjagaan rambut curl ni ialah pada satu tahap jika terbiar sedikit, ia akan melekat-lekat tak mau berpisah. Masa ni try la 100 jenis conditoner pun trying to untangle, azabnya hanya Tuhan yang tahu. Tambah perit bukan semua budak kecik boleh bersabar dengan rambut yang ditarik-tarik. Depa akan mengamuk-ngamuk sampai hempas-hempas kaki. Ingat tak sakit ka??? Sakit hokeh. Kadang-kadang keluar air mata tahan pedih rambut dipisah-pisah.


Atas kesedaran bahawa rambut depa adalah forever crown, maka kakak-kakak afro mixed yang cantik, Fadee dan Gloria mengadakan satu bengkel khas menunjukkan bagaimana nak jaga curls mereka dengan baik. Bengkel ni dinamakan Malaysia's First Ever Curly Workshop 1.0 - For every Girl, Curly and Coily.


Maintenance tinggi ya. Rambut kerinting bukan senang nak jaga. Bersiap siagalah yang nak menantukan anak-anak kami ni.

Kalau ada siapa nak join, boleh bagitau I. Ilmu ni FOC je, untuk kebaikan dan kemaslahatan anak-anak.


If rambut depa best, kita pun kurang stress.

35 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page