top of page
Blog: Blog2
Search

Kisah pasca PRU14

Writer's picture: paolakira669paolakira669

Hari ini dalam kesedihan seorang wanita yang terlalu lama menyokong padu kerajaan Barisan Nasional.

Kita orang Melaka memang tak pernah imagine pembangkang akan datang memerintah dan merampas dacing. Kuatnya kubu di sana adalah sepower kepercayaan mak aku dan veteran wanita Umno lain bahawa segala apa yang parti tu telah taburkan kepada kami anak beranak adalah sesuatu yang tidak boleh sesekali dinafikan kebaikannya.

Contoh cliche mak, dia kena diabetes 20 tahun, and for solid 20 years dapat rawatan dan ubat-ubatan free. Peralatan insulin free. Check up free. Ok bayar RM1. Macam free la tu.

Kat rumah aku tak pernah ada paper lain selain Utusan. Sinar Harian ada sekali sekali saja, itupun sebab aku balik kampung saja nak tunjuk support paper tempat anak keja. Hehu.

Kami anak-beranak baca Utusan dari darjah satu sampai tingkatan lima sehingga aku akhirnya meninggalkan negeri Melaka untuk sambung belajar di Shah Alam.

Aku pernah reject kerja kerajaan sebab pilih jadi wartawan, mak aku merajuk sebulan tak nak tegur sebab terhirisnya hati dia aku menolak segala keistimewaan menjadi kakitangan awam. Tapi aku memang dari lahir dah jadi seorang realist, benda yang aku suka itu le yang aku kejar.

Dan hari ni mak diam saja dalam grup WhatsApp. Sedang grup-grup lain gedegang gedegung, takbir!! ALLAHUAKBAR!! etc etc...

Sudah tentu hati tua ibuku tergores.

Setia sepanjang hayat tiba-tiba ia digoyah dengan kedatangan orang baru.

Tapi ini bukan kisah raih simpati. Ini cerita tentang kesetiaan seorang wanita pada yang satu. Kepercayaan sekian lama. Kasih sayang yang melimpah ruah.

Pernah jadi peraih, merasa jadi runner di usia mudanya, dan at the age of 71, aku eja ek - TUJUH PULUH SATU (but she doesn't look like one tho) - dengan lutut tidak kuat bertongkat - masih gigih ambil nombor giliran, beratur panjang dan tegar memilih, langsung tak fikir dua kali pihak yang membuatkan dia gembira sepanjang hayatnya.

Tugas berat pemerintah baharu.

Mak aku dan wanita-wanita seperjuangannya yang setialah telah menyebabkan Barisan berada lama pada skalanya. Kerana ini golongan yang tak pernah duduk atas pagar, yang tidak pernah berasa dikecewakan dan pengharapan mereka sangat teguh tak pernah goyah.

Ramai yang macam mak aku. Terlalu ramai.

Jadi pak PM baru, jagalah hati mereka ini. Biarkan mereka terus gembira dan merasai nikmatnya.

Mungkin masih bersedih kesetiaan direnggut tetapi dengan kasih sayang bertali arus, Insya Allah, they will feel better. As time passes by.

Ingat janji-janji lima tahun pertama ini. Dan mana keistimewaan untuk warga emas? Pls do.

7 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page