Salam. Kepada semua rakan taulan yang bertanya semalam, tq so much. Bergelandangan di emergency department hampir enam jam a.k.a 2 pagi sebab depa misplaced number Ajwa.
Tak jadi nak mengamuk sebab aku ayu masih berkebaya hijau dari tempat kerja, tambahan pula melata mereka tampal peringatan: ‘Kami amat menghargaan penggunaan bahasa dan tingkah laku yang sopan’ walaupun amarah aku dah sampai kepala wth.
Kisahnya mata Paola dicucuk objek tajam di sekolah, dipercayai pensel (depan ke belakang tak pasti). Tapi anak bertuah ni asyik cakap dia jatuh. Pastu statement tak konsisten. Kejap kang jatuh. Kejap cakap tiba2 mata dia jadi merah.
I had no idea sampai la beberapa ibu prihatin PM di whatsapp. Mereka tunjuk gambar mata Paola dan anak-anak mereka cakap: Mama.... mata Paola ni kena cucuk! Pastu cikgu kelas pon PM aku mengonfirmkan semua kekeliruan.
Siapa yang cucuk?? Jeng jeng.
And there I am. Aku tak marah. Aku tak mengaruk. Aku tak geram. Tak dendam.
But I verify.
So dengan keputusan bakal keluar dari unit Oftalmologi (aku google dulu makna dia apa takut silap level) ni, maka tindakan susulan akan dibuat.
Dear teachers.
Kalau ada budak nakal dalam kelas. Itu biasa. Kalau hyper aktif, itu pun biasa. Yang tak biasa apabila dia nakal dan mencederakan rakan lain, kemudian cikgu diamkan.
Yang tak biasa juga apabila cikgu mengadu kepada parents anak-anak tersebut, mereka pula dengan angkuh berkata: ‘Jadi cikgu nak saya buat apa kat anak saya??’
Ini bukan jenis cikgu yang kita mahu. Dan bukan juga jenis parents yang sepatutnya kita jadi.
Jika attitude mcm ni masih berlingkaran dalam jiwa-jiwa mereka, sistem pendidikan tak silap cuma sifat kemanusiaan itu makin hilang.
Cucuk mata kawan dengan pensel, itu bukan: biasalah budak-budak macam tu! Membenarkan ia menjadi ‘biasalah’ adalah seperti menjerumus anak-anak ini ke lembah hina.
Ia patut dihalang, didenda dengan tegas tanpa kompromi sampai kepala budak notty tadi akan ingat satu perkara sampai mati: what he did wasn’t right dan kalau dia continue, pembalasan buruk pasti mengekori.
Ahh dirasuk semangat debat Syed Saddiq dan Rahman pulak. Maaf, aku tak cukup tidur.
Yang mendoakan Paola, terima kasih banyak. Dia cuma mampu tersenyum dengan sebelah mata sepet tertutup.
Comments