top of page
Blog: Blog2
Search

Dewi penyelamat

Writer's picture: paolakira669paolakira669

Well aku tahu dia kecik lagi. Tapi expectation aku sangat besar kerana dia saja boleh aku harapkan. At least pada saat-saat seperti ini: daddy jauh, adik masih suka merengek-rengek manja dan ketika aku berlari ke kiri dan ke kanan dihambat kerja yang tak sudah. Sudah adatnya begitu, jadi anak sulung seperti meletak batu atas kepala. Sakit, tapi kau kena terus berjalan. Walau perlahan-lahan.

Waktu daddy teman kami ke parkir kereta, dia letakkan Ajwa atas but dan memberi amanat: 'Jaga mama, jaga Kira ok. Coz u r a strong girl'. Setitik dua air mata jantan dia jatuh juga tapi sebagai emak yang brutal, aku keras kejung cuba tidak berperasaan agar ia tidak ke sungai kerana aku tiada sampan.

Ajwa, tidak seperti dua tiga tahun sebelumnya ketika ditinggal-tinggalkan - akan menggeletis gembira tak faham apa. Tapi hari itu dia murung diiringi sedu sedan tak tertahan. Saat itu aku sedar dia dah lima tahun babe, lima tahun! Dah ada perasaan, emosinya kencang dan mindanya bercabang.

Kemurungannya lama berhari-hari, di sekolah enggan bercakap dan dengan aku bersuara bila perlu. Cuma magisnya dia skrg pantas menegur Kira. 'Adik jangan buat mama macam tu.' Tegas.

Bila Kira tantrum dan tarik rambut aku. 'Kira!!' Pelepek adik kena kat betis.

Yes, dewi penyelamat sudah datang!!

Tq Ajwa. Didik moral yang baik dalam diri adik. Walaupun kasar sikit macam kartun animax. Tapi u got the concept: jangan menderhaka pada orang tua dan jika kau degil, karma!

Terima kasih kepada semua guru yang mendidik Ajwa. Yang menyayangi dirinya, termasuk rambutnya yang dirapikan selalu, ditocang, diikat dua. Dia selalu mengadu apa saja kepada aku, tapi sampai saat ini, setelah dua tahun di sekolah dan 4 tahun di taska - belum pernah lagi dia beritahu 'cikgu kata Ajwa hitam.' Sumpah belum. And i know it will never happen.

Kerana seorang pendidik tidak akan pernah merepek.

One love. Hats off to anda semua yang memberi ilmu tanpa jemu, bermadah tanpa upah dan bertugas demi jannah.

12 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page