Tahun lepas aku tulis post ni pada 7 Julai dan mendapat response lebih kurang 10k, 4.6k komen dan lebih 3k shares. Kisahnya simple tentang kesedaran manusia selepas berlaku sesuatu tragedi:
Sayu tengok gambar ni. Takde mata yang tak berair atau menitis menatapnya. Baby dah tak bernyawa dipeluk penuh kasih sayang oleh ibunya. Dicium puas puas tak mau lepas.
Allahyarham Aira Amira Wan Ichigo, 4 months, meninggal dunia jam 3 petang tadi setelah tidak sedarkan diri di rumah pengasuh. Ibu dan ayahnya adalah journalists kami di Sinar Harian.
Jam 4 ptg aku keluar ambik anak-anak sekolah dan dengan laju cium bertalu-talu. Kadang-kadang bila satu tragedi berlaku ke atas orang lain barulah insan hina dina macam aku terhegeh-hegeh nak sedar betapa berharganya manusia kesayangan ketika mereka berada di sisi.
Selagi Allah beri tempoh pinjam, mama akan peluk korang setiap saat!
Again, cukuplah kematian sebagai penasihat. Number ONE reminder for every single thing, death!
Aira tidur puas-puas ya, hari ini dan seterusnya mama dan papa tak perlu dah risau sebab bidadari syurga jaga kamu, nak. Pergilah bermain di tepian kolam susu penuh nikmat dalam taman tak tergambar akal indahnya. Subhanallah.
Al Fatihah
Comments