Aktiviti wajib lepas keja, after menjemput anak-anak dari dua lokasi berlainan. Sorang di Shah Alam, seketul lagi di Setia Alam. Seharian diorang berdikari dari pagi. Mandi, pakai baju sekolah sendiri, bab rambut je cikgu tolong sebab belum mampu urus. Pastu pandai-pandai la naik transport sekolah. Dulu awal-awal siap berbekal bagai, now memang tak sempat. Bagi duit silalah mengadap makcik kantin.
Aku bukanlah kejam sangat kat anak-anak, tapi aku dulu pun macam ni, malah lebih lagi. Balik jalan kaki je dari SRK Merlimau 1 ke Taman Seri Merlimau. Ada la dalam tiga, empat kilometer. On da way ada satu pondok ramai budak-budak laki lepak. Pastu panggil aku mok, mok. Sebab zaman sekolah dulu gemuk besar seguni. Tiba rumah nangis sedu-sedu kena ejek. Manalah budak-budak tu sekarang. Berani nak panggil aku mok lagi, meh ler.
Aku spesis tak kasi muka kat anak-anak nemo walau seinci pon. Biar terpaksa lalui tantrum tahap anugerah Oscar, aku selamba je. Hanger tetap hanger. Rotan tetap rotan. Mulut kalau tak jaga, pembalasan on the spot. Kalau kat pasar kejadiannya, cili la aku bagi. Kalau kat mall takde apa-apa, aku pakai tapak tangan.
Entah apa connection semua cerita ni. Bersepah dan bertebaran macam bentuk otak aku sekarang. Cuma satu je nak bagitau, moralnya, kau letih keja macam apa pun, masa untuk anak-anak kena ada. Tak kisahlah walau sekadar menebeng kat mamak. Janji pasang telinga dengar cerita kat sekolah. Arini cikgu cakap apa. Arini kawan buat apa. Boy friend terbaru sapa. Etc. Etc.
Tough life. Hari yang sempit. Tapi kau masih buka ruang untuk cinta-cinta hati.
Comments