top of page
Blog: Blog2
Search

Awak culik anak India?

Writer's picture: paolakira669paolakira669

Assalamualaikum. Kisah hantu dah lepas, hari ni kisah aku yang naik hantu.

Sejak viral kes Darleen semalam, Alhamdulillah telah melahirkan ramai rakyat Malaysia yang prihatin. Yang mula pandang kiri kanan. Yang mula pegang tangan anak ketat-ketat. Yang mula hantar anak sampai ke pintu kelas. Ya, itu bagus.

Yang tak berapa bagus, bila muka anak dan mak yang completely tak identical - kemudian mereka jalan bersama ketika emaknya sedang meleteri si anak - then orang ingat ada percubaan culik sedang berlaku (kerana wajah mereka tak serupa).

Tipu? Sumpah tak. Kisah benar tengahari tadi.

Keluar dari toilet stesen minyak di Seksyen 18 bersama Kira, ada seorang kakak tiba-tiba tercegat depan pintu. Memandang dengan hairan. Ok aku tak peduli pun. Jenis-jenis 'the look' yang aku dah biasa.

Tiba-tiba Kira: 'Mama, nak ice cream.' Padahal baru lepas membuang tu.

'No, nanti petang baru mama beli ice cream. Tadi kan dah makan kat rumah,' Mama bertegas.

Budak suka tantrum, macam biasa bila dengar NO dia mula buat muka kerepot. Aku kerah naik kereta. 'Faster, Kira'. Diri lagi kat situ sambil tunjuk peti ais krim kat dalam kedai.

Aku pun heret Kira naik kereta. Terhentam pintu belakang agak keras. Kakak yang dari tadi tercegat depan pintu toilet masih terpaku. Eh eh tetiba dia bersuara.

'Awak kahwin dengan India eh?!!' Nada dia macam kureng berkenan pulak dengan aku. Kau dah kenapa?

'Kenapa ya?'. Soalan berbalas soalan. Orang kalau tak tanya aku elok-elok memang aku akan jawab sepoyo mungkin je. Maaf cakap. Itupun aku jawab penuh tertib bertatasusila lagi. Monotone ja.

'Tu muka anak macam India. Eh awak culik anak orang India ehh?? Apasal muka dia macam India???!!'. Tak pasal-pasal bersuara separuh menjerit akak tu.

Err. Terpaku jap. Pastu baru teringat. Ok istighfar dulu.

Astaghfirullahalazim!!

Wat the fish. Selama lima tahun ada anak belum pernah dituduh penculik. Paling tak menahan dituduh jadi maid aje kepada budak-budak ni.

'Eh cakap elok-elok sikit, pakai otak la!' aku start kereta dan terus blah dari situ. Hati membengkek. Kakak tersebut tak puas hati. Ambik kertas siap catit nombor plet aku. Wahhhhh.... sanggup tahan kencing tu semata-mata nak jadi perwira selamatkan anak kecil dari diculik.

Aku pun meninggalkan crime scene dengan rasa sungguh sebal. Kesian aku. Kesian Kira. Mama siap ikat rambut bulat bulat dobot dobot. Kalau betul aku penculik, mungkin penculik yang paling bergaya abad ni kot. Pakai jubah di hari Jumaat yang mulia siap high heels lagi tambah mekap mampan baq hang!

Ni tengah tunggu kot-kot nombor plet aku viral di laman sosial sat-sat lagi atau mungkin dia sempat snap gambar kereta dari belakang. Tunggu gak polis datang carik ni untuk siasatan lanjut. Hiks.

Moral of the story, patutkah aku rebonding rambut Kira?? Aww.

Pleaselah people. Budi bahasa paling utama kot kalau kau nak terjah pun. Dan tolong pandai sikit nilai muka budak yang sedang ketakutan sebab dia bersama dengan orang tak kenal atau muka tak puas hati sebab tak dapat ice cream!

Lain, kan??

Satu lagi episod yang kau perlu sabar. Diam. Sabar. Dan La Tahzan Innallaha Ma'ana.

106 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page